Pakej Surabaya




PAKEJ SURABAYA, INDONESIA (4 HARI 3 MALAM)

Hari 1:       Kuala Lumpur - Surabaya - Gunung Bromo (L/D)
Berkumpul di LCCT Kuala Lumpur. Berlepas ke Juanda International Airport. Setibanya di Surabaya rombongan akan akan dibawa memasuki Bandar Surabaya dan terus di hantar ke Gunung Bromo.  Dalam perjalanan singgah di Tanggulangi – tempat pembuatan barangan kulit. Makan tengahari dan check in hotel, rehat/acara bebas. Sebelah petang di bawa bersiar-siar melihat panorama gunung, makan malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Gunung Bromo)

Hari 2:       Gunung Bromo -  Malang  (B/L/D)   
Jam 3 pagi, mendaki Gunung Penanjakan menaiki kenderaan 4×4 untuk menyaksikan matahari terbit. Selepas itu akan dibawa untuk menyaksikan kawah gunung berapi Gunung Bromo dengan menunggang kuda. Selepas puas melihat panorama matahari terbit yang indah itu, kembali ke hotel untuk sarapan pagi. Check out dan meneruskan perjalanan ke Batu. Dalam perjalanan, singgah melawat di Kusuma Agro Wisata untuk melawat ladang buah epal dan limau. Makan tengahari dan check in hotel, rehat/acara bebas. Membeli belah di bandar Malang. Malam malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Malang)

      Hari 3:       Malang - Surabaya  (B/L/D)    
Sarapan pagi, check out hotel dan bertolak ke Bandar Surabaya. Tiba di sana memulakan lawatan ke Tretes Taman Safari – terdapat banyak haiwan liar yang hidup bebas tanpa sangkar. Antara haiwan yang terdapat di sini adalah, komodo dragon, beruang himalaya hitam, harimau putih dan sebagainya. Lawatan di teruskan ke Submarine Monumen. Selepas makan tengahari dan check in hotel, rehat/acara bebas. Membeli belah di ITC Jembatan Merah. Makan malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Surabaya)

      Hari 4:       Surabaya - Kuala Lumpur (B/L)
Sarapan pagi, aktiviti membeli belah di Bandar Surabaya. check out hotel, makan tengahari dan solat di Masjid Laksamana Cheng Ho. Bertolak ke Airport. Berlepas ke LCCT Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur / tamat pakej.

Pakej disediakan termasuk:
Tiket penerbangan Airasia KUL-SUB-KUL
Airport tax dan bagasi 20 kg
Makan minum 9 kali (sarapan pagi 3x, makan tengahari 3x dan makan malam 3x)
Penginapan hotel 3 bintang (2 orang sebilik)
Pengangkutan sepanjang pakej
Insurans perjalanan kelompok
Pemandu pelancong



0 Responses

Post a Comment