Pakej Hong Kong


HONG KONG - SHENZHEN - GUANGZHOU (5 HARI 4 MALAM)

Hari 1:       Kuala Lumpur - Hong Kong (L/D)
Berlepas dari LCCT Kuala Lumpur ke Hong Kong International Airport. Setiba di Hong Kong, rombongan akan dibawa makan tengahari, check in hotel dan rehat. Disebelah petangnya akan dibawa bersiar-siar di bandaraya Hong Kong . Makan malam dan rehat/acara bebas. (Bermalam di Hong Kong)

Hari 2:       Hong Kong - Shenzhen (B/L/D)
Selepas sarapan pagi, check out dan bertolak ke Shenzhen dengan keretapi.   Tiba di Shenzhen,  akan dibawa melawat ke Burning Cream Centre (Pusat Pakar Perubatan Untuk Kulit Terbakar). Makan tengahari dan membeli belah di Louho Shopping City dan Dongmen Shopping Street. Makan malam, check in hotel dan rehat/acara bebas. (Bermalam di Shenzhen)

Hari 3:       Shenzhen - Guangzhou  (B/L/D)
Setelah sarapan pagi. check out dan kemudian  akan dibawa membeli belah di Jewelry City dan China Silk House. Makan tengahari dan bertolak ke Guangzhou, setiba di Guangzhou, akan dibawa melawat Dewan Memorial & Dataran Dr.Sun Yat Sen’s dan menziarahi Makam Saad Bin Abi Waqas. Makan malam dan check in hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Guangzhou)

Hari 4:       Guangzhou (B/L/D)
Selepas sarapan pagi akan dibawa membeli belah di Shangxiajiu Shopping St.  Makan tengahari dan solat di Masjid Guang Ta dan kemudian membeli belah di Beijing Road. Makan malam, rehat/acara bebas. (Bermalam di Guangzhou)

Hari 5:       Guangzhou - Kuala Lumpur (B)
Sarapan  pagi dan acara bebas, check out hotel dan bertolak ke Baiyun International Airport, daftar masuk penerbangan dan berlepas ke LCCT Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur/ Tamat pakej.

Pakej disediakan termasuk:
Tiket penerbangan Airasia KUL/HKG-CAN/KUL
Bullet Train Hong Kong-Shenzhen   
Penginapan hotel 3 bintang (bilik berkongsi 2 orang)
Makan minum (sarapan pagi 4x, makan tengahari 4x dan makan malam 4x)
Pengangkutan sepanjang pakej
Bagasi 15 kg
Pemandu Pelancong



0 Responses

Post a Comment