Pakej Bandung


PAKEJ BANDUNG, INDONESIA (3 HARI 2 MALAM)


Hari 1:       Kuala Lumpur - Bandung (L/D)  
Berkumpul di LCCT Kuala Lumpur dan berlepas ke Husein Sastranegara International Airport, Bandung. Tiba di airport, makan tengahari dan check in hotel. Lawatan dan membeli belah di Factory Outlet (FO), kawasan sekitar Kota Bandung. Makan malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Kota Bandung)

Hari 2:       Kota Bandung (B/L/D)   
Selepas sarapan pagi bertolak ke Tangkuban Perahu, kawah gunung berapi dan kemudian membeli belah di Pasar Baru. Makan tengahari dan membeli belah barangan kulit di Cibaduyut dan pusat jualan barangan jeans di Chiamplas. Makan malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Kota Bandung)

      Hari 3:       Bandung - Kuala Lumpur (B/L)
Selepas sarapan, check out hotel dan bertolak melawat kilang Kek Kartika Sari. Perjalanan diteruskan dengan melawat Rumah Mode, tempat popular artis-artis Indonesia berbelanja. Makan tengahari dan bertolak ke airport Bandung untuk daftar masuk penerbangan dan berlepas ke Kuala Lumpur / tamat pakej.

Pakej disediakan termasuk:
Tiket penerbangan Airasia LCCT-BDO-LCCT
Airport tax dan bagasi 20 kg
Makan minum 7 kali (sarapan pagi 2x, makan tengahari 3x dan makan malam 2x)
Penginapan hotel 3 bintang (2 orang sebilik)
Pengangkutan sepanjang pakej
Insurans perjalanan kelompok
Pemandu pelancong




PAKEJ BANDUNG, INDONESIA (4 HARI 3 MALAM)

Hari 1:   Kuala Lumpur - Bandung (L/D)
Berkumpul di LCCT Kuala Lumpur dan berlepas ke Bandung. Makan tengahari dan check in hotel. Lawatan dan membeli belah di Factory Outlet (FO) dan kawasan sekitar Kota Bandung. Makan malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Bandung)

Hari 2:    Kota Bandung (B/L/D)
Selepas sarapan pagi bertolak ke Tangkuban Perahu, kawah gunung berapi dan kemudian membeli belah di Pasar Baru, Makan tengahari dan membeli belah di Factory Outlet. Makan malam dan balik ke hotel, rehat/aturcara bebas. (Bermalam di Bandung)

Hari 3:    Kota Bandung (B/L/D)
Selepas sarapan pagi dan bertolak ke Cibaduyut, (membeli belah barangan kulit) dan pusat jualan barangan jeans di Chiamplas. Makan tengahari dan membeli belah di kota Bandung. Makan malam dan balik ke hotel. rehat/acara bebas. (Bermalam di Bandung)

Hari 4:  Bandung - Kuala Lumpur (B/L)
Selepas sarapan pagi, check out hotel akan bertolak melawat kilang Kek Kartika Sari. Perjalanan diteruskan dengan melawat Rumah Mode, tempat popular artis Indonesia berbelanja. Makan tengahari dan bertolak ke Airport Bandung untuk daftar masuk penerbangan dan berlepas ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur / tamat pakej.

Pakej disediakan termasuk:
Tiket penerbangan Airasia KUL/BDO/KUL 
Penginapan hotel 3 bintang (bilik berkongsi 2 orang)
Makan Minum 10 kali (sarapan pagi 3x, makan tengahari 4x dan makan malam 3x)
Pengangkutan sepanjang pakej
Bagasi 20 kg dan Airport tax 
Pemandu Pelancong


0 Responses

Post a Comment