Pakej Hatyai


PAKEJ HATYAI - SONGKHLA, THAILAND (3 HARI 2 MALAM)

Hari 1:       Rantau Panjang - Hatyai (B/L/D)
Jam 7.00 pagi. Berkumpul di Rantau Panjang, Kelantan. Bertolak ke sempadan Malaysia/Thailand -urusan pasport di Imigresen. Sarapan pagi di Restoran Islam Mustapha, Pekan Golok dan bertolak ke Hatyai. Makan tengahari dan lawatan dan taklimat di House Thai Honey Product. Check in hotel, rehat/acara bebas. Makan malam dan balik ke hotel atau Shopping Century & Odeon, Li Garden. (Bermalam di Kosit Hotel)

Hari 2:       Hatyai - Songkhla - Hatyai (B/L/D)
Sarapan pagi di Restoran Islam Tamrab dan ke Nora Plaza (Kulit Tulin). Lawatan ke Pantai Peranginan Samila Songkhla (Pantai Ikan Duyung). Menaiki Jambatan Thinsulanon yang terpanjang di Selatan Thailand. Membeli belah di OTOP Local Product (biji gajus, dodol durian, makanan laut). Melihat panorama dengan menaiki Cable Car. Makan tengahari Restoran Islam Pai Dang. Program Makan-Makan di Floating Market Khlong Hae. Makan Malam dan balik ke hotel/acara bebas. (Bermalam di Kosit Hotel)

      Hari 3:       Hatyai - Narathiwat - Kuala Terengganu (B/L)
    Sarapan pagi, check out  dan bertolak balik ke Narathiwat. Lawatan ke Masjid Bersejarah di Pattani (Masjid Kresik). Makan tengahari Restoran Haji Nasir. Bertolak ke Pekan Golok dan membeli buah-buahan. Ke sempadan Thailand/Malaysia - urusan Imigresen. Bertolak ke Rantau Panjang. Tiba di Rantau Panjang, Kelantan / tamat pakej.

Pakej disediakan termasuk:
Makan minum 8 kali (sarapan pagi 3x, makan tengahari 3x, makan malam 2x)
Penginapan hotel 3 bintang (2 orang sebilik)
Tiket masuk Cable Tren
Guide (Pemandu Pelancong Thailand)
Insurans perjalanan kelompok




0 Responses

Post a Comment